Piala Dunia Wanita FIFA Julung Kali Tampilkan Pengadil Dari Palestin

27 Dec 2022 • 3:56 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

ISTANBUL, 27 Dis (Bernama) — Buat kali pertama Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memilih pengadil dari Palestin untuk perlawanan Piala Dunia Wanita akan datang.

Heba Saadia akan membuat penampilan pada kejonanan Piala Dunia Wanita di Australia dan New Zealand dari 20 Julai hingga 20 Ogos 2023, lapor Agensi Anadolu memetik Agensi Berita Palestin (WAFA).

Piala Dunia Wanita edisi kesembilan itu buat julung kali juga dianjurkan secara bersama, diadakan di Australia dan New Zealand melibatkan 32 negara.

Sumber: Bernama