Piala FA: Mujagic musnahkan ‘mimpi’ Kelantan City

Football
10 Oct 2026 • 10:28 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Piala FA: Mujagic musnahkan ‘mimpi’ Kelantan City

KUCHING – Impian wakil Liga A1 Semi Pro, Kelantan City untuk mencipta kejutan terbesar dalam saingan Piala FA, musim ini berkecai apabila tewas 1-4 kepada Kuching City FC pada aksi kedua suku akhir di Stadium Taha Ariffin, sebentar tadi.

Walaupun mencipta sensasi dengan meraih keputusan seri tanpa jaringan pada perlawanan pertama, Kelantan City nyata tidak mampu menandingi keampuhan skuad The Cats yang turut mendapat sokongan padu daripada 10,184 penyokong di stadium.

Faktor pengalaman juga mungkin berpihak kepada tuan rumah namun anak buah Aidil Sharin Sahak nyata lebih bersedia untuk mengekang usaha diatur pasukan pelawat.

Yuki Tanigawa hanya memerlukan 11 minit untuk meletakkan Kuching City di depan dan selang lapan minit selepas itu, kedudukan tuan rumah makin selesa apabila memperoleh gol kedua menerusi Ajdin Mujagic.

Kelantan City mula menyerlahkan kebangkitan apabila berjaya merapatkan kedudukkan menerusi ledakan Hadin Azman di penghujung permainan babak pertama.

Mujagic mengesahkan reputasinya sebagai antara penyerang terbaik Kuching City apabila melengkapkan hatrik, masing-masing pada minit ke-68 dan 81.

Bagi Kelantan City, kekalahan itu pastinya mengecewakan, namun pengalaman berdepan pasukan seperti Kuching City boleh dijadikan pengajaran penting untuk memperbaiki kelemahan serta membina pasukan yang lebih kompetitif pada masa akan datang. – KOSMO! ONLINE

The post Piala FA: Mujagic musnahkan ‘mimpi’ Kelantan City appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved