Kelantan City intai kejutan ke atas The Cats

10 Oct 2026 • 9:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kelantan City intai kejutan ke atas The Cats

PETALING JAYA: Pemain sayap Kelantan City FC, Wan Zaharulnizam Zakaria mengakui pasukannya perlu bertahan lebih kukuh selain bersedia sekiranya perlawanan berakhir ke penentuan sepakan penalti dalam aksi timbal balik suku akhir Piala FA menentang Kuching City FC,  malam ini.

Selepas berjaya mengekang asakan skuad kendalian Aidil Sharin Sahak pada aksi pertama suku akhir tempoh hari menyaksikan perlawanan berakhir tanpa jaringan, Zaharulnizam percaya peluang masih terbuka untuk dia dan rakan sepasukan memberikan sesuatu bagi meraih slot ke separuh akhir di Stadium Taha Ariffin nanti.

Sedar dengan kualiti yang ada pada pasukan The Cats, bekas pemain Kelantan FA itu menyifatkan corak perlawanan yang lebih terbuka berkemungkinan besar mampu menghukum mereka dan perlu lebih bijak mencari ruang melakukan serangan balas.

“Alhamdulillah sekarang persediaan semakin baik dan kita tahu bermain di tempat lawan memang akan lebih sukar lebih-lebih lagi Kuching City memang ramai pemain berkualiti terutamanya pemain import.

“Tapi bagi saya peluang masih 50-50 untuk kedua-dua pasukan dan mereka pun baru sahaja habis beraksi lawan Tampine Rovers kelmarin dan kita ada tengok macam mana mereka bermain juga.

“Apa pun, kita akan cuba bertahan sebaik mungkin, kalau perlu sampai ke penentuan sepakan penalti pun tidak mengapa, sebab kita risau kalau bermain lebih terbuka lebih-lebih lagi lawan dengan pasukan berkualiti seperti mereka, kita mesti akan ketinggalan”, jelasnya.

Selain aksi antara Kuching City dan Kelantan City, satu lagi pertembungan yang dijangka sengit adalah perlawanan Kuala Lumpur City FC yang bakal menerima kunjungan DPMM FC esok selepas memperoleh keputusan seri 3-3 dalam aksi pertama.

Bagi pengendali KL City, Datuk Dollah Salleh, tempoh rehat tiga minggu ini sangat membantu pasukannya untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan individu yang ada bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur nanti.

Satu lagi perlawanan timbal balik esok ialah membabitkan pertembungan Star City FC menentang Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya. – UTUSAN

The post Kelantan City intai kejutan ke atas The Cats appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved