ACC: Kuching City, Tampines Rovers sama ‘liat’

FootballSports
7 Oct 2026 • 11:23 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ACC: Kuching City, Tampines Rovers sama ‘liat’

PETALING JAYA – Kuching City memulakan langkah slung dalam Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) dengan penuh dramatik apabila bangkit dua kali pada penghujung permainan untuk mengikat Tampines Rovers 2-2 di Stadium Taha Ariffin, sebentar tadi.

Pertahanan The Cats, Gabriel Peres muncul wira apabila mencetak dua gol dalam tempoh tujuh minit terakhir, termasuk tandukan pada masa kecederaan bagi memastikan tuan rumah mencuri satu mata dalam aksi Kumpulan A.

Tampines Rovers terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Nabel Yoshitaka Furusawa pada minit ke-13 sebelum Peres muncul menyamakan kedudukan pada minit ke-86.

Namun, Kuching City sekali lagi dikejutkan apabila Kohya Kazama mengembalikan kelebihan pelawat dua minit kemudian.

Ketika kemenangan Tampines Rovers seakan-akan berada dalam genggaman, Peres sekali lagi mencuri tumpuan apabila menyudahkan hantaran lintang Joao Pedro pada minit ketiga masa kecederaan untuk mengubah keputusan menjadi 2-2.

Kuching City sebenarnya bermula dengan cukup positif apabila Safawi Rasid hampir membuka jaringan menerusi rembatan dari luar kotak penalti, namun penjaga gol Tampines Rovers, Zharfan Rohaizad tangkas menafikannya.

Peluang turut hadir buat Ajdin Mujagic selepas menerima hantaran lintang Petrus Shitembi, namun tandukannya tersasar. – KOSMO! ONLINE

The post ACC: Kuching City, Tampines Rovers sama ‘liat’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved