Skuad B-16 wajib bangkit – Shukor

10 Nov 2026 • 9:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Skuad B-16 wajib bangkit – Shukor

PETALING JAYA: Peluang Malaysia untuk mara ke pusingan akhir Piala Asia B-17 2027 masih terbuka biarpun tewas 0-2 kepada Palestin dalam aksi pembukaan kelayakan Kumpulan E, kelmarin.

Ketua jurulatih skuad bawah 16 tahun (B-16) negara, Shukor Adan berkata, skuad negara tidak boleh dibelenggu kekecewaan, sebaliknya perlu bangkit memperbaiki segala kelemahan yang ada.

“Saya sudah bercakap dengan pemain bahawa perkara ini belum mustahil lagi kerana kita masih mempunyai peluang. Kita perlu melupakan apa yang berlaku malam ini (kelmarin) dan tidak boleh terus tunduk.

“Kita kena fokus kepada perlawanan seterusnya, sama ada perlawanan kedua atau ketiga. Jangan kalah sekali, semua perlawanan kita kalah, Paling penting, kita perlu terus memberikan motivasi kepada pemain,” katanya.

Sepanjang 90 minit permainan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur kelmarin, kelemahan penyudah menjadi penghalang utama skuad muda negara untuk sekurang-kurangnya meraih keputusan seri.

Dalam aksi itu, beberapa peluang terbaik gagal diterjemahkan kepada jaringan, sekali gus menuntut kerja keras barisan kejurulatihan sebelum menghadapi Singapura, Sabtu ini.

Walaupun mengekalkan kemahuan untuk bangkit, usaha yang diatur pemain muda negara tidak membuahkan hasil sekali gus mengesahkan tiga mata buat Palestin yang meraih jaringan menerusi Abdelrahman Sharifeh dan Yousef Alexander.

“Ada beberapa bahagian yang perlu kita perbaiki, terutama dari segi perancangan kerana ada perkara yang tidak menjadi seperti dirancang. Kita juga perlu memperbaiki kesilapan teknikal apabila kehilangan bola di kawasan berbahaya.

“Selain itu, komunikasi dan proses membuat keputusan yang agak lambat menyebabkan kita beberapa kali dihukum akibat kesilapan sendiri,” katanya. – UTUSAN

The post Skuad B-16 wajib bangkit – Shukor appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved