
Menjelang Piala Sultan Azlan Shah 2026, skuad hoki negara kini dalam misi menutup musim 2026 dengan kejayaan sebelum menghadapi 2027 yang sibuk.
Bagi Ketua Jurulatih The Speedy Tigers, Brendon Carolan, skuad yang telah dibina sejak mengambil alih kerusi panas itu berada di tahap kematangan yang memuaskan selepas harungi beberapa kejohanan penting tahun ini.
Dia berharap segala pengalaman yang diraih bersama dapat dijadikan tonik buat anak buahnya tampil dengan persembahan terbaik di Ipoh, Perak nanti.
"Skuad sudah dibina agak lama -- mereka sepatutnya tampil dengan aksi cemerlang (di PSAS).
"Kami rasa kami semakin baik dan kini fokus terarah kepada memasukkan lebih ramai pemain muda dalam sistem," katanya.
Sementara itu, fokus utama brendon di piala sultan azlan shah hanya satu -- iaitu meraih sebanyak mungkin mata untuk perbaiki ranking dunia dalam usaha memudahkan jalan menjelang aksi kelayakan olimpik yang dijadualkan pada mac 2028.
"Kami pasti ingin berada di saingan final namun misi lebih penting adalah tampil konsisten dan menaikkan ranking sebelum hadapi kelayakan Olimpik."






