Piala TNB: TNB Thunderstars, THT disebut-sebut pilihan ke final

16 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Piala TNB: TNB Thunderstars, THT disebut-sebut pilihan ke final

Olimpian hoki negara, Maninderjit Singh, menjangka penguasaan melibatkan TNB Thunderstars dan Terengganu Hockey Team (THT) akan kembali buat perhitungan akhir dalam Piala TNB yang akan berlangsung bulan depan.

Keempat-empat pasukan yang terlibat dalam saingan separuh akhir sudah dijangka memandangkan perbezaan ketara daripada segi kualiti dan prestasi semasa mereka.

"THT dan TNB mungkin akan sekali lagi beraksi dalam final dan Maybank hanya sebuah pasukan pengacau," katanya di Nadi Arena.

Bekas pemain kebangsaan itu juga tidak sukar membuat pilihan berdasarkan reputasi TNB yang bakal melakar kejayaan hatrik musim ini.

"Lagi satu kelebihan TNB ialah stadium baharu di Uniten yang sudah siap dibina dan semua perlawanan diadakan di situ.

"Dengan kualiti dimiliki menerusi 10 pemain kebangsaan, seorang pemain import dari Korea Selatan selain dan enam bekas pemain kebangsaan, sudah pasti kelebihan memihak TNB," katanya lagi.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved