PIBG rakan strategik pendidikan cemerlang

12 Aug 2026 • 6:35 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: PIBG rakan strategik pendidikan cemerlang

PERSATUAN Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu berfungsi sebagai rakan strategik sekolah dalam memperkukuh kecemerlangan pendidikan serta melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kejayaan seseorang murid tidak boleh dipikul oleh pihak sekolah semata-mata, sebaliknya memerlukan kerjasama erat antara PIBG, ibu bapa, guru dan masyarakat.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bentong 2026 baru- baru ini.

Menurutnya, hubungan kukuh antara sekolah dan PIBG mampu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif sekali gus membantu meningkatkan pencapaian akademik, sahsiah serta kokurikulum pelajar.

“Saya yakin dengan komitmen semua pihak, SMK Seri Bentong akan terus melahirkan generasi cemerlang, berintegriti dan mampu menyumbang kepada pembangunan negeri Pahang serta negara,” katanya.

Katanya, semangat permuafakatan yang ditunjukkan membuktikan PIBG bukan sekadar badan sokongan, malah rakan strategik penting dalam memperkasakan agenda pendidikan demi masa depan anak-anak.-UTUSAN

The post PIBG rakan strategik pendidikan cemerlang appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved