Pihak Hospital Enggan Urus Jenazah Sebab Bil Belum Langsai? Bapa Bayi Dibekukan Tampil Cerita Kisah Benar

LocalEntertainment
13 Dec 2024 • 2:27 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Bapa kepada bayi yang disimpan di dalam peti sejuk selama 16 hari oleh sebuah hospital swasta, Safwan Roshdy tampil menceritakan kisah sebenar yang berlaku.

Pihak hospital mahu Safwan langsaikan bil dulu?

Difahamkan melalui laporan Harian Metro, perkara ini berlaku selepas dirinya tidak mampu untuk melangsaikan bil hospital dengan kadar segera.

Kata Safwan, isteri bersalin di hospital swasta secara tidak dirancang selepas ada individu membawa isterinya yang sedang sakit ke hospital berkenaan.

image is not available

Sewaktu kejadian, Safwan yang sedang bekerja di Shah Alam bergegas pulang selepas mendengar berita isteri akan bersalin tetapi dia dikhabarkan bayi mereka dilahir tidak cukup sifat, di mana tiada hidung dan lubang dubur, namun dia reda dengan ketentuan Ilahi.

Bayi saya lahir dengan selamat, sempat menangis dan aktif semasa iqamatkan, tetapi kemudian diberitahu meninggal akibat kesukaran bernafas.

Nafi dakwaan belum berkahwin

Tambahannya lagi, dia sudah memohon kepada pihak hospital untuk menguruskan jenazah anak tetapi pihak hospital tidak membenarkan kerana bil hospital masih belum dilangsaikan.

image is not available

Setiap hari saya minta lepaskan jenazah bayi untuk dikebumi, biar isteri di hospital sementara saya belum bayar tapi hospital tak benarkan juga. Saya tak boleh nak buat apa sebelum minta bantuan Unit Khas Van Jenazah (UKVJ).

Dalam pada mas yang sama, lelaki terbabit turut menafikan dakwaan bahawa dirinya belum bernikah dengan isteri seperti didakwa oleh pihak hospital dan menjelaskan, isterinya tidak mempunyai ‘buku pink’ kerana tidak mampu untuk mendapatkan rawatan berkala di hospital.

image is not available 4 days ago

"Dah Try Tuntut Baby Adham Tapi Staf Tak Nak Lepaskan" - Tunjuk Bukti, Aktivis Dakwa Doktor Bekukan Jenazah Bayi 'Kaki Spin'?