
PENYANYI dan pelakon Tomok menzahirkan rasa syukur atas momen istimewa menyambut ulang tahun kelahiran ke-42 di bumi Makkah.
Vokalis New Boyz itu yang berada di Tanah Suci bersama isteri tercinta, Ayu Abas berkata, peluang itu cukup bermakna buatnya.
"42 tahun. Alhamdulillah, terima kasih ALLAH atas segala nikmat yang di berikan.
"Berada di bumi Makkah bersama isteri pada hari ulang tahun, nikmat yang harus saya syukuri. Alhamdulillah," titipnya.
Sementara itu, Ayu pula mencoretkan ucapan istemewa buat suami tercinta. Walaupun sambutan tahun ini jauh daripada tiga cahaya mata, Ayu berharap mereka berdua fokus dalam ibadat dan dikurniakan haji yang mabrur.
"Alhamdulillah, 17 Mei 2026. Kenangan manis sambutan hari jadi yang sederhana di bumi yang penuh barakah buat suami tercinta. Walaupun tanpa kehadiran anak-anak...
"Ibu doakan ayah sentiasa dalam lindungan-NYA, menjadi pemimpin keluarga yang membawa keluarga kita ke syurga, diberi kesihatan, diperluaskan rezeki, dipanjangkan umur dan sentiasa dalam kerahmatan ALLAH.
"Semoga kita dapat menyempurnakan ibadah haji dengan penuh khusyuk dan tawaduk serta mendapat haji yang mabrur.
"We love you. Arrian, Andra, Khadijah dan Ayu sayang Shah," titipnya menerusi hantaran di Instagram.
Sekadar info, Tomok bertolak ke Makkah untuk mengerjakan ibadah haji pada 7 Mei lalu.
Rezeki buat Tomok yang mendirikan rumah tangga dengan Ayu pada 2 Julai 2011.
Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Arrianshah Akid, 13, Andrashah Iman, 10, dan seorang anak perempuan, Siti Khadijah, 6.


