
SHAH ALAM – Kepimimpinan UMNO Selangor disifatkan tidak ‘gila’ mengejar jawatan meskipun ditawarkan termasuk dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri ini.
Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Tan Sri Noh Omar berkata, pimpinan di bawah Datuk Megat Zulkarnain Omardin dilihat berpegang kepada prinsip dan tegas memperjuangkan parti itu.
“Ini terbukti kerana beliau (Megat) menolak semua jawatan untuk dilantik dalam PBT (pihak berkuasa tempatan), ahli majlis, perbandaran atau daerah.
“Selain itu, beliau menolak jawatan ditawarkan dalam GLC atau anak syarikat kerajaan negeri. UMNO juga tolak jawatan ketua kampung di Selangor,” katanya malam ini.
Tambah beliau, perkara itu membuktikan UMNO negeri ‘anak jantan’ tidak mengejar jawatan dna berani meneruskan perjuangan.
“Saya juga terharu apabila kepimpinan parti turut hadir menyertai himpunan Daulat Tuanku Sultan Selangor berkaitan isu babi yang dianjurkan Pas sebelum ini.
“Perjuangan UMNO dan Pas cukup jelas kerana sanggup bersama menyokong kedaulatan Sultan. Mengenai jawatan Exco (Datuk Rizam Ismail), itu biar Menteri Besar putuskan,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE
The post Pimpinan UMNO Selangor bukan gila jawatan – Noh appeared first on Kosmo Digital.






