Pindaan akta pemandu mabuk, khayal bela mangsa kemalangan

LocalPolitics
10 Oct 2026 • 9:56 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pindaan akta pemandu mabuk, khayal bela mangsa kemalangan

PETALING JAYA – Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi mewajibkan pemandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah yang menyebabkan kemalangan membayar pampasan kepada mangsa bakal memperkukuh perlindungan terhadap individu yang terjejas akibat kecuaian di jalan raya.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, inisiatif yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027 itu bukan sahaja memperketat tindakan terhadap pesalah, malah memastikan mangsa dan keluarga mereka mendapat pembelaan sewajarnya.

Menurutnya, langkah berkenaan merupakan antara tiga inisiatif utama yang diumumkan kerajaan bagi memperkukuh keselamatan jalan raya, meningkatkan penguatkuasaan serta menjaga kebajikan pengguna pengangkutan.

Selain pindaan akta itu, katanya, Kementerian Pengangkutan (MOT) dan JPJ turut menyambut baik pelaksanaan sistem telematik secara mandatori bagi kenderaan perdagangan.

“Sistem berkenaan membolehkan pemantauan kelajuan, lokasi dan corak pemanduan berisiko dilakukan, termasuk potensi integrasi dengan alat pengesan alkohol.

“Pelaksanaan secara sukarela sehingga 2027 akan memberi ruang kepada pengendali kenderaan perdagangan membuat persediaan, manakala pembangunan pangkalan data pemandu dilaksanakan bagi menyokong penguatkuasaan lebih berkesan,” katanya hari ini.

Dalam perkembangan sama, kerajaan turut mengumumkan bantuan khas RM1,000 kepada pemandu teksi dan bas sekolah yang akan dilaksanakan mulai minggu hadapan menggunakan hasil kutipan bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri H.

Beliau berkata berkata, bantuan itu mencerminkan usaha menyalurkan semula hasil kutipan jabatan untuk manfaat rakyat, khususnya golongan pemandu yang memainkan peranan penting dalam perkhidmatan pengangkutan negara.

MOT dan JPJ turut komited bekerjasama dengan agensi berkaitan, termasuk Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), menerusi pemeriksaan kesihatan pemandu kenderaan perdagangan bagi memastikan keselamatan, kebajikan dan kepentingan pengguna jalan raya terus terpelihara. – KOSMO! ONLINE

The post Pindaan akta pemandu mabuk, khayal bela mangsa kemalangan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved