
BATU PAHAT – Dua wanita maut selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki mereka terbakar dalam kemalangan melibatkan sebuah lori di Jalan Ayer Hitam-Yong Peng di sini petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.21 petang itu, kedua-dua mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an dilaporkan tersepit dalam kenderaan yang terbakar.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Shamin Mohamed Salikin berkata, seramai 16 anggota bersama dua jentera Fire Rescue Tender (FRT), kenderaan Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dan sebuah pacuan empat roda dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi, pihak kami mendapati berlaku kebakaran kereta susulan kemalangan membabitkan kereta Perodua Myvi dan sebuah lori.
“Kereta Perodua Myvi terbakar dan terdapat dua mangsa tersepit di dalamnya. Kerja-kerja memadam api dilakukan sebelum mangsa dilkeluarkan,” katanya ketika dihubungi.
Bagaimanapun, katanya, identiti kedua-dua mangsa masih dalam proses dikenal pasti. – KOSMO! ONLINE
The post Dua wanita rentung, Myvi terbakar lepas bertembung lori appeared first on Kosmo Online.



![[KEMASKINI] Identiti dua wanita rentung dikenal pasti](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/rentung-kereta-terbakar-1024x768.jpeg)


