Pindah London, sewa rumah Janna Nick cecah RM22,000 sebulan

WorldEntertainment
26 Sep 2025 • 10:57 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pasangan selebriti Janna Nick dan Dini Schatzmann menjadi sorotan ramai apabila menyewa sebuah kediaman lengkap berperabot di London.

Sewa rumah cecah RM22K

image is not available

Menerusi perkongsian di TikTok, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 30, meluahkan rasa gembira kerana akhirnya berpindah daripada rumah penginapan sementara yang didiami sebelum ini.

“Hari ini pindah rumah. Rasa tak sabar dan gembira,” kata Janna di TikTok, semalam.

Difahamkan, Janna menyewa sebuah kediaman di London dengan dengan kadar sewa 4,000 pound sterling bersamaan kira-kira RM22,600 sebulan.

Dalam perkongsian sama, Janna juga mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah kerana membantu mereka memudahkan lagi proses pindah rumah baharunya.

image is not available

“Terima kasih kepada Dino sebab bantu, baik betul tuan rumah kami,” ucapnya.

Pelakon drama Dia itu juga berdoa dengan berada di tempat baharu dengan suasana yang tenang membantunya dalam mendapatkan zuriat yang sudah lama ditunggu oleh pasangan tersebut.

“Rumah baru, semoga dekat suasana yang baharu, kami berjaya dapatkan anak,” tambahnya lagi.

image is not available

Perkongsian tersebut telah menerima pelbagai reaksi warganet dan rata-ratanya gembira melihat kehidupan baharu Janna yang lebih ceria dan mendoakan agar doanya untuk dikurniakan zuriat dikabuli tuhan suatu hari nanti.

Bahagia sampai syurga

image is not available

Moga cepat dapat anak

image is not available

Terdahulu, pasangan selebriti itu sempat mengundang sebak dalam kalangan peminatnya apabila menziarahi datuk dan neneknya di Kedah sebelum berangkat pergi ke luar negara.

Sumber: TikTok jannanickofficial