'Semoga dekat persekitaran dan rumah baru, kami akan dapat baby...' -Janna, Dini kongsi perkembangan di London

EntertainmentFamily & Parenting
26 Sep 2025 • 3:46 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

PELAKON popular Janna Nick, kini mula menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu bersama suaminya, Dini Schatzmann, selepas berpindah ke rumah baru di London. 

Pasangan ini sebelum itu menetap di sebuah apartment sementara selama hampir dua minggu.

Dalam perkongsian terbaharu di media sosial, pemilik nama penuh Nurul Jannah Muner berkongsi momen menguruskan pindah rumah serta mengemas ruang baharu mereka. 

image is not available
Janna dan Dini berkongsi keterujaan menetap di London kini.

Walaupun sibuk dengan urusan peribadi, pelakon berusia 30 tahun tersebut tidak menafikan hatinya penuh dengan harapan.

“Rumah baru... semoga dekat persekitaran baru dan rumah baru, kami akan dapat baby..." ujar Janna dalam video yang dimuat naik.

Hantaran berkenaan mendapat pelbagai reaksi ramai, termasuklah peminat dan rakan artis.

Rata-rata menitipkan doa dan sokongan, mendoakan agar hajat pasangan berkenaan dimakbulkan.

Janna dan Dini sebelum ini berkongsi kehidupan baharu mereka di London, diharap membuka lembaran positif sambil menantikan berita gembira tentang cahaya mata yang dinanti-nantikan.