Pinjaman Baharu Kerajaan Menurun Kepada RM75.6 Bilion Pada 2025, Kata Anwar

LocalBusiness & Finance
12 Nov 2026 • 11:16 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Pinjaman Baharu Kerajaan Menurun Kepada RM75.6 Bilion Pada 2025, Kata Anwar

Kerajaan MADANI merekodkan penurunan jumlah pinjaman baharu secara berperingkat sejak 2022 apabila nilainya menyusut daripada RM100 bilion kepada RM75.6 bilion pada tahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkembangan itu menunjukkan kerajaan semakin mengurangkan keperluan untuk membuat pinjaman baharu, sekali gus membantu mengawal pertambahan beban kewangan negara.

Menurutnya, jumlah pinjaman kerajaan menurun kepada RM92.6 bilion pada 2023 sebelum terus berkurangan kepada RM76.8 bilion pada 2024 dan RM75.6 bilion pada 2025.

Beliau berkata, kerajaan masih mempunyai tanggungan hutang terdahulu yang perlu diselesaikan, selain pinjaman baharu yang dibuat bagi memenuhi keperluan semasa.

“Yang pentingnya hutang, kerajaan berhutang tetapi ada hutang yang tanggungan kita harus bayar yang lama,” ujarnya.

Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Ipoh Timor, Lee Chuan How berhubung kedudukan hutang negara serta kemampuan fiskal kerajaan dalam menghadapi kemungkinan konflik di Asia Barat pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata nisbah hutang Kerajaan Persekutuan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga dijangka menyusut kepada 63 peratus pada 2027 berbanding 65.2 peratus sebelum ini.

Baca juga:

Jelasnya, jumlah pinjaman baharu kerajaan ketika ini jauh lebih rendah berbanding tahun sebelumnya dan digunakan bagi membiayai pembangunan negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved