‘Pinless’ jadi pilihan gaya wanita moden

Women's FashionLifestyle
26 Jul 2026 • 8:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Pinless’ jadi pilihan gaya wanita moden

Dunia fesyen hijab sentiasa berkembang seiring perubahan gaya hidup wanita masa kini.

Jika dahulu pemakaian tudung sering dikaitkan dengan penggunaan beberapa pin bagi memastikan kekal kemas, kini trend tudung pinless atau tanpa pin semakin mendapat tempat.

Bukan sekadar memudahkan pemakaian, gaya ini turut menawarkan penampilan yang lebih ringkas, selesa dan moden.

Bukan trend baharu, namun trend itu kekal relevan kerana mampu menjimatkan masa, khususnya buat wanita yang mempunyai rutin harian padat.

Hanya beberapa saat diperlukan untuk menggayakan tudung tanpa perlu risau tentang kedudukan pin atau jarum yang boleh merosakkan fabrik.

Antara teknik menggayakan tudung bebas pin termasuk mengikat lebihan tudung pada bahagian belakang bagi memastikan kemas dan tidak bergerak.

Namun, untuk lebih memudahkan penggayaan bebas pin, pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa tampil dengan inovasi baharu bagi memenuhi permintaan pengguna.

Antara yang popular adalah jenama BOKITTA yang sebelum ini cukup dikenali menerusi koleksi tudung segera dipakai.

Image from: ‘Pinless’ jadi pilihan gaya wanita moden
Seorang pengguna TikTok menunjukkan cara memakai tudung bebas pin dengan menggunakan teknik ikatan.

Pengarah Urusan A&A Empire Sdn. Bhd., syarikat yang mengembangkan BOKITTA di pasaran Malaysia, Datin Ayu Roslan berkata, label itu kekal menjadi pilihan mereka yang sukakan gaya bersahaja (effortless).

“Gaya tudung segera bebas pin ini sudah berkembang. Jika dahulu, penggayaannya mungkin sedikit terhad, namun kini sudah pun tampil dengan gaya yang lebih moden dan menawan.

“Bukan cuma look nampak effortless, tetapi cara memakainya juga mudah, hanya memerlukan kurang 15 saat,” katanya.

Keselesaan dan keyakinan untuk menggayakan tudung bebas pin turut terletak pada material yang digunakan.

Fabrik yang ringan, namun terletak cantik membuatkan ramai tertarik.

Ketua Pegawai Operasi A&A Empire Sdn. Bhd., Aniza Shahadan pula berkata, pihaknya turut memperkenalkan fabrik Ribbed Jersey daripada Natural Fibre-Lenzing yang menawarkan keselesaan maksimum kepada pemakai.

“Material ini lebih anjal, memberikan rasa sejuk, menyerap peluh dengan baik dan paling penting tidak perlu digosok. Ia sangat sesuai untuk wanita aktif yang sentiasa bergerak,” ujarnya.

Hakikatnya, populariti tudung pinless bukan sekadar didorong faktor trend, sebaliknya memenuhi keperluan wanita yang mengutamakan praktikaliti tanpa mengabaikan aspek gaya.

Dengan pilihan material yang semakin berkualiti serta rekaan yang lebih kontemporari, pemakai kini tidak lagi perlu memilih antara keselesaan atau penampilan.

Kedua-duanya boleh dinikmati dalam satu helaian tudung yang mudah dipakai, sekali gus membuktikan fesyen Muslimah terus berevolusi mengikut kehendak zaman.

The post ‘Pinless’ jadi pilihan gaya wanita moden appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved