Warga Indonesia Mohon Malaysia ‘Ambil Semula’ Aisar Khaled & Bawa Pulang – “Tolonglah, Kami Merayu”

LocalEntertainment
19 Sep 2025 • 4:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, pempengaruh Aisar Khaled dan pasukannya telah diherdik dan dihalau ketika sedang menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di sebuah kawasan perumahan di Bali, Indonesia.

Nampaknya, bukan lelaki itu sahaja tetapi juga sesetengah rakyat Indonesia sudah mula bersuara tentang Aisar yang sering ke negara tersebut untuk membuat konten.

Menerusi Threads, seorang warga Indonesia dilihat ‘merayu’ agar rakyat Malaysia mengambil semula dan membawa Aisar Khaled kembali ke tanah air.

Kepada semua rakyat Malaysia. Tolong ambil semula Aisar Khaled dan pulang. Tolonglah, kami merayu. Apa lah lelaki ini buat sebenarnya?

 

View on Threads

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ☆ ☆ (@aisar_khaledd)

Hantaran itu meraih perhatian ramai netizen dari kedua-dua negara di mana netizen Malaysia berseloroh dan berkata mereka enggan menerimanya kembali.

Nampak, segelintir warga Indonesia mulai sedar siapa Aisar Khaled.

Bukan itu sahaja, sesetengah netizen Indonesia juga turut bersetuju dengan lelaki berkenaan yang mahu ‘mengembalikan’ Aisar.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Difahamkan, segelintir warga Indonesia sudah mula menyuarakan rasa tidak puas hati serta mengkritik Aisar dan berkata dia hanya mempergunakan golongan susah untuk dijadikan konten.

image is not available 2025-09-18 10:32:52

Aisar Khaled Diherdik & Dihalau Ketika Hulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Di Bali - "Pergi! Sana Kamu!"