Pintas Kapal GSF 2.0, Turkiye Sifatkan Gangguan Tentera Negara Haram ‘Tindakan Lanun’

WorldPolitics
30 Apr 2026 • 5:09 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Turkiye pada Khamis menyifatkan campur tangan Israel terhadap flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza sebagai “tindakan lanun”, sambil menegaskan pihaknya sedang mengambil semua langkah perlu berhubung warganya dan penumpang lain yang terlibat dalam insiden berkenaan.

Menurut laporan Anadolu Ajansi, Kementerian Luar Turkiye dalam satu kenyataan menegaskan tindakan Israel itu mencabuli undang-undang antarabangsa serta prinsip asas kemanusiaan.

“Dengan menyerang Global Sumud Flotilla yang bertujuan menarik perhatian dunia kepada bencana kemanusiaan dihadapi penduduk Gaza yang tertindas, Israel telah melanggar nilai kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa,” kata Kementerian Luar Turki dalam satu kenyataan.

image is not available

Kementerian itu turut menegaskan bahawa tindakan Israel turut melanggar kebebasan pelayaran di perairan antarabangsa, selain menggesa masyarakat antarabangsa supaya bersatu menentang tindakan tersebut.

“Semua langkah yang perlu diambil dalam penyelarasan dengan negara berkaitan mengenai situasi rakyat kita dan penumpang lain di dalam armada itu,” tambah kenyataan itu.

image is not available

Sementara itu, badan penganjur Global Sumud Flotilla memaklumkan bahawa kapal tentera Israel telah mengepung konvoi berkenaan di perairan antarabangsa berhampiran Pulau Crete, Greece, sehingga mengganggu komunikasi serta memutuskan hubungan dengan 11 kapal dalam konvoi tersebut.

Artikel lain: 11 Kapal GSF 2.0 Terputus Hubungan, Didakwa 7 Telah Dipintas Tentera Negara Haram

Flotila berkenaan yang membawa lebih 400 orang awam dilaporkan bertujuan membuka koridor laut kemanusiaan ke Gaza, selain menghantar bantuan kepada wilayah itu yang telah berada di bawah sekatan Israel sejak tahun 2007.

Sumber: AA

The post Pintas Kapal GSF 2.0, Turkiye Sifatkan Gangguan Tentera Negara Haram ‘Tindakan Lanun’ appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved