PKNS bakal terima RM5.77 juta perkasa usahawan Bumiputera pada 2027

LocalBusiness & Finance
5 Nov 2026 • 10:29 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

PKNS bakal terima RM5.77 juta perkasa usahawan Bumiputera pada 2027

SHAH ALAM, 5 NOV: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bakal menerima peruntukan RM5.77 juta pada 2027 bagi memperluas pembangunan ekonomi usahawan Bumiputera, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata peruntukan itu mengambil kira modul dan aktiviti keusahawanan sedia ada di Selangor yang berpotensi dimanfaatkan untuk pelaksanaan program berkenaan, lapor Berita RTM.

“Program ini turut mengambil kira aktiviti keusahawanan bermodul yang telah dibangunkan di Selangor, sekali gus membuka peluang untuk kita menyalurkan peruntukan kepada PKNS bagi memperluas pelaksanaannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2027 bagi Kementerian Ekonomi di Dewan Rakyat, semalam.

Menurutnya, pelaksanaan Program Pembangunan Ekonomi Usahawan Bumiputera Mikro, Kecil dan Sederhana itu akan memanfaatkan kepakaran serta modul sedia ada bagi membuka lebih banyak peluang pembangunan kepada golongan usahawan terbabit.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved