PKR Sarawak Tak Bertanding PRN Ke-13, Pilih Hormati Kerjasama Dengan GPS

LocalPolitics
25 Nov 2026 • 2:53 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Intipati berita

  • PKR Sarawak tidak akan bertanding pada PRN Sarawak ke-13 sebagai tanda menghormati kerjasama politik dengan GPS.
  • Keputusan dibuat bagi mengekalkan muafakat dalam Kerajaan Perpaduan serta memastikan kestabilan politik negeri dan Persekutuan.
  • PKR Sarawak tetap komited memperjuangkan pembangunan, ekonomi, keadilan sosial dan kesejahteraan rakyat termasuk tuntutan MA63.
  • PRN Sarawak ke-13: Penamaan calon pada Sabtu ini, pengundian awal pada 8 Disember dan hari pengundian pada 12 Disember.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak membuat keputusan untuk tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 sebagai tanda menghormati hubungan kerjasama politik dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Menurut laporan Harian Metro, keputusan itu diumumkan menerusi satu kenyataan bersama tiga pemimpin parti berkenaan hari ini, iaitu Penasihat PKR Sarawak, Datuk Seri Hafsah Harun, Naib Presiden PKR Pusat, Roland Engan dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sarawak, Mahmud Epah.

Kenapa PKR tak bertanding di Sarawak?

Row of blue and red flags with white crescents along a roadside, with a motorcycle parked nearby and palm trees in the background.

Menurut kenyataan tersebut, keputusan untuk tidak bertanding dibuat bagi mengekalkan semangat kerjasama dan muafakat dalam Kerajaan Perpaduan, selain memastikan kestabilan politik di peringkat negeri dan Persekutuan terus terpelihara.

Pertimbangan utama yang mendasari pendirian ini adalah sebagai tanda menghormati semangat kerjasama, muafakat dan komitmen politik dalam Kerajaan Perpaduan bagi memelihara kestabilan politik di peringkat negeri dan Persekutuan.

Pendirian berkenaan juga bertujuan memperkukuh hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Sarawak, khususnya dalam usaha melaksanakan tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Dalam masa sama, PKR Sarawak menegaskan keputusan tersebut tidak bermakna parti itu akan mengabaikan tanggungjawabnya kepada rakyat.

Sebaliknya, parti berkenaan akan terus memperjuangkan agenda pembangunan, kemajuan ekonomi, keadilan sosial dan kesejahteraan rakyat Sarawak.

Seluruh jentera serta pimpinan PKR di semua peringkat negeri turut diarahkan supaya mematuhi keputusan tersebut dan mengekalkan hubungan baik dengan rakan komponen Kerajaan Perpaduan, khususnya GPS.

PKR Sarawak akan terus melaksanakan tanggungjawab serta khidmat bakti kepada rakyat Sarawak tanpa mengabaikan peranannya di negeri ini.

Bila akan berlangsung PRN Sarawak ke-13?

Image from: PKR Sarawak Tak Bertanding PRN Ke-13, Pilih Hormati Kerjasama Dengan GPS

Untuk rekod, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Disember sebagai hari pengundian bagi PRN Sarawak ke-13.

Hari penamaan calon pula ditetapkan pada Sabtu ini, manakala pengundian awal akan berlangsung pada 8 Disember.

The post PKR Sarawak Tak Bertanding PRN Ke-13, Pilih Hormati Kerjasama Dengan GPS appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved