PKR tidak bertanding PRN Sarawak

LocalPolitics
25 Nov 2026 • 8:09 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: PKR tidak bertanding PRN Sarawak

KUCHING: PKR Sarawak memutuskan untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-13 sebagai menghormati semangat kerjasama dan muafakat politik dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam Kerajaan Perpaduan.

Keputusan itu diumumkan menerusi kenyataan bersama tiga pemimpin parti berkenaan iaitu Penasihat PKR Sarawak Datuk Seri Hafsah Harun, Naib Presiden PKR Pusat Roland Engan dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sarawak Mahmud Epah, malam tadi.

“Pertimbangan utama yang mendasari pendirian ini adalah sebagai tanda menghormati semangat kerjasama, muafakat dan komitmen politik dalam Kerajaan Perpaduan bagi memelihara kestabilan politik di peringkat negeri dan Persekutuan,” menurut kenyataan itu.

Pendirian berkenaan turut bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Sarawak, khususnya dalam melaksanakan tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Pada masa sama, keputusan berkenaan juga bagi memastikan agenda pembangunan, kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Sarawak terus diberikan perhatian.

Selain itu, PKR Sarawak menyatakan komitmen untuk terus menjunjung prinsip demokrasi, agenda reformasi dan keadilan sosial, mengutamakan kesejahteraan rakyat serta mengekalkan persefahaman politik yang telah dibina bersama GPS.

Sehubungan dengan itu, MPN PKR Sarawak mengarahkan seluruh jentera dan pimpinan parti di semua peringkat di negeri ini supaya mematuhi serta menghormati ketetapan berkenaan.

Mereka juga diminta terus menjaga hubungan baik dengan rakan komponen dalam Kerajaan Perpaduan, khususnya GPS.

“PKR Sarawak akan terus melaksanakan tanggungjawab serta khidmat bakti kepada rakyat Sarawak tanpa mengabaikan peranannya di negeri ini,” menurut kenyataan bersama itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Disember ini sebagai hari pengundian bagi PRN Sarawak ke-13, hari penamaan calon pada Sabtu ini manakala pengundian awal pada 8 Disember-BERNAMA

The post PKR tidak bertanding PRN Sarawak appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved