Bersatu tidak sertai PRN Sarawak - Azmin Ali

LocalPolitics
25 Nov 2026 • 6:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Bersatu tidak sertai PRN Sarawak - Azmin Ali
Mohamed Azmin memaklumkan, Bersatu tidak akan bertanding pada PRN Sarawak.

KUCHING - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memutuskan untuk tidak menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Dalam kenyataan pada Rabu, beliau memaklumkan, Bersatu mengikuti perkembangan politik semasa di Sarawak yang memberi tumpuan kepada kestabilan, keharmonian pelbagai kaum dan pembangunan ekonomi yang lestari.

"Sehubungan dengan itu, Bersatu telah mengambil ketetapan untuk tidak menyertai PRN Sarawak ke-13,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, Bersatu Negeri Sarawak akan terus berusaha memperkukuh asas perjuangan parti itu sebagai wahana untuk memberi khidmat kepada rakyat negeri itu.

Selain Bersatu, turut mengumumkan tidak akan bertanding dalam PRN Sarawak ialah Parti Keadilan Rakyat (PKR), Barisan Nasional, Pas, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Wawasan Negara (Wawasan).

Sementara itu, Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dianggotai Parti Pesaka Bumiputera (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) telah mengumumkan semua 82 calonnya. 

Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) pula meletakkan 26 calon, DAP (12) dan Parti Bumi Kenyalang (PBK) dengan dua calon.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Disember sebagai hari pengundian bagi PRN Sarawak ke-13, dengan hari penamaan calon Sabtu ini manakala pengundian awal pada 8 Disember.- Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved