Play Store Wajibkan Semua Aplikasi Menyokong Peranti Lipat Menjelang April 2027

TechnologyDigital
19 Nov 2026 • 11:20 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Play Store Wajibkan Semua Aplikasi Menyokong Peranti Lipat Menjelang April 2027

iPhone Duo baru sahaja dilancarkan bulan lalu dan Apple mengatakan lebih 200,000 aplikasi App Store kini telah dioptimasikan pada telefon lipat pertama mereka. Di Android, walaupun sudah lapan tahun ditawarkan ke pasaran, sokongan penuh aplikasi pada skrin lipat masih kurang memuaskan.

Oleh itu Google telah mengeluarkan garis panduan baharu aplikasi perlu menyokong sepenuhnya peranti lipat menjelang April 2027. Sokongan harus melepasi Tahap 3 dimana aplikasi menyokong tablet dan peranti lipat. Permua boleh dijalankan dalam mod skrin penuh tanpa mengira orientasi. Sekiranya orientasi tidak disokong, palang hitam yang sesuai perlu digunakan. Pada waktu yang sama elemen antaramuka tidak boleh terhalang.

Image from: Play Store Wajibkan Semua Aplikasi Menyokong Peranti Lipat Menjelang April 2027
Sokongan Tahap 3

Tahap 3 ialah tahap paling rendah dan asas pada waktu ini. Tahap 2 pula perlu memastikan permua dijalankan pada tetapan grafik resolusi tinggi dan memberikan sokongan asas alat kawalan, tetikus serta papan kekunci. Elemen antaramuka juga berubah mengikut saiz tingkap.

Tahap 1 ialah tahap paling tinggi dengan aplikasi diptomasikan secara menyeluruh. Aplikasi mengambil kira sudut bukaan skrin, kesinambungan kamera, ciri interaktif gambar-dalam-gambar, serta sokongan untuk berbilang saiz aplikasi media, video, pembacaan dan multi tugas.

Pada waktu ini majoriti aplikasi telah melepasi Tahap 3. Pembangun yang gagal menyokong Tahap 3 akan dihalang daripada menerbitkan atau mengemaskini aplikasi menerusi Play Store.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved