PM akan promosi EV Perodua di Sidang Kemuncak G20

LocalCars
11 Nov 2025 • 4:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar melihat model Perodua Bezza ke-5.5 juta semasa lawatan dan ramah mesra bersama warga kerja Perodua di sini, hari ini. - Foto: Bernama

RAWANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempromosikan model kenderaan elektrik (EV) Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) ketika menghadiri Sidang Kemuncak G20 di Afrika Selatan pada minggu depan.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau akan mengambil peluang untuk mempromosikan EV keluaran Perodua itu ketika lawatan kerja ke negara berkenaan.

"Saya akan menjadi pegawai pemasaran Perodua yang utama, mempromosikan EV tersebut ke Afrika Selatan,” katanya secara berseloroh ketika berucap pada program lawatan dan ramah mesra bersama warga kerja Perodua, di sini, hari ini.

Semasa rangka lawatan itu Anwar turut dijadualkan membuat kunjungan rasmi ke Ethiopia dan Kenya.

"Pasaran tempatan akan menjadi keutamaan bagi EV ini, namun pada masa yang sama kita mahu tembusi pasaran luar negara,” kata beli

Anwar berkata, Brazil dijangka memberikan akses mudah kepada kemasukan produk keluaran Malaysia termasuk kenderaan EV Perodua ke negara itu.

Menurut beliau, perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva semasa pertemuan mereka di Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan pada akhir bulan lepas.