PM Anwar Arah Lawatan Menteri, Timbalan Menteri Ke Luar Negara Dihentikan Sementara 

LocalPolitics
10 Sep 2025 • 4:53 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

PM Anwar Arah Lawatan Menteri, Timbalan Menteri Ke Luar Negara Dihentikan Sementara

PUTRAJAYA, 10 Sept (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan semua lawatan menteri dan timbalan menteri ke luar negara dihentikan sementara, bagi memastikan tumpuan penuh diberikan kepada persiapan Belanjawan 2026 dan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI berkata arahan yang berkuat kuasa serta-merta itu, bagaimanapun terkecuali bagi mesyuarat berjadual atau perkara yang telah diberi pertimbangan khusus oleh Jemaah Menteri.

“Ini bagi memastikan menteri-menteri memberi fokus dan keutamaan kepada pelaksanaan beberapa program dan juga persiapan menuju Belanjawan 2026, yang akan dibentangkan Perdana Menteri pada 10 Okt dalam masa beberapa minggu lagi.

“Ia juga (bersempena) persiapan menuju sidang kemuncak ASEAN, yang akan berlangsung pada hujung Oktober. Jadi keputusan ini telah dibuat dan akan berkuasa serta-merta,” katanya pada sidang media Pasca-Mesyuarat Kabinet di sini hari ini

Belanjawan 2026 bakal dibentangkan Perdana Menteri pada 10 Okt ini.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 akan berlangsung di ibu negara pada bulan hadapan, dengan beberapa pemimpin besar dijangka hadir termasuk Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Perdana Menteri China Li Qiang.

Sumber: BERNAMA