PM Anwar Arah Siasatan Segera, Telus Kes Kematian Pelajar 16 Tahun Di Yong Peng

LocalPolitics
4 Oct 2026 • 12:04 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

PM Anwar Arah Siasatan Segera, Telus Kes Kematian Pelajar 16 Tahun Di Yong Peng

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan segera, menyeluruh dan telus bagi mengenal pasti punca serta perkara sebenar berhubung kematian seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah di Yong Peng, Johor.

Anwar berkata, sekiranya siasatan mendapati terdapat unsur jenayah dalam kejadian itu, tindakan tegas hendaklah diambil mengikut undang-undang.

“Saya telah meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan segera, menyeluruh dan telus bagi mengenal pasti punca serta apa yang sebenarnya berlaku.

“Jika terdapat unsur jenayah, tindakan tegas hendaklah diambil mengikut undang-undang,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Dalam hantaran sama, Anwar turut menzahirkan rasa dukacita atas pemergian pelajar berkenaan selain menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga dan waris Allahyarhamah.

“Saya amat berdukacita menerima berita pemergian seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang ditemui meninggal dunia di sebuah sekolah di Yong Peng, Johor.

“Takziah kepada keluarga dan waris Allahyarhamah, moga mereka diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian yang amat berat ini,” katanya.

Menurut Anwar, keselamatan anak-anak merupakan tanggungjawab bersama dan kerajaan tidak akan berkompromi dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan mereka sentiasa terpelihara.

Baca juga:

“Keselamatan anak-anak kita adalah tanggungjawab bersama. Kerajaan tidak akan berkompromi dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan mereka sentiasa terpelihara,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved