PM Anwar Beri Petanda Kadar Gaji Minimum Bakal Dinaikkan!

LocalBusiness & Finance
28 Sep 2026 • 12:00 PM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

PM Anwar Beri Petanda Kadar Gaji Minimum Bakal Dinaikkan!

Kadar gaji minimum Malaysia yang kini ditetapkan pada RM1,700 dijangka dinaikkan lagi, dengan perincian mengenai kadar baharu itu akan diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2027 pada 9 Oktober ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kajian dan semakan berkaitan pelarasan gaji minimum kini berada di peringkat akhir sebelum keputusan itu dibentangkan di Parlimen.

Tangani Jurang Pendapatan Pekerja

Menurut Anwar, pelarasan gaji minimum diperlukan bagi menangani isu jurang pendapatan, terutama dalam kalangan graduan yang memasuki pasaran pekerjaan tetapi masih menerima gaji yang rendah atau bekerja dalam pekerjaan di bawah kelayakan akademik mereka.

Beliau berkata produktiviti di Malaysia terus meningkat, namun kenaikan gaji pekerja masih bergerak pada kadar yang perlahan.

Anwar turut membangkitkan isu perbezaan bonus antara golongan pengurusan atasan dengan pekerja berpendapatan rendah. 

Katanya, jika sesebuah syarikat mampu memberikan bonus tiga bulan kepada pihak pengurusan, tempoh yang sama wajar dipertimbangkan untuk pekerja di peringkat lain.

GLC Jadi Penanda Aras

Anwar turut merujuk kepada keputusan kerajaan menetapkan gaji minimum RM3,100 untuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pada tahun lalu sebagai contoh kepada sektor swasta.

Beliau berkata syarikat yang mencatat keuntungan besar perlu memastikan pekerja turut menikmati peningkatan pendapatan.

Kerajaan sebelum ini menaikkan gaji minimum daripada RM1,200 kepada RM1,500, sebelum meningkat kepada RM1,700. Kadar baharu yang bakal diumumkan nanti akan menentukan sejauh mana lantai gaji pekerja sektor swasta akan berubah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved