PM Anwar akui bukan bapa yang ideal, isteri sangat berjasa jaga keluarga

LocalPolitics
16 Sep 2026 • 3:58 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara terbuka mengakui dirinya bukan seorang bapa yang ideal sepanjang sibuk dengan perjalanan politik dan tanggungjawab sebagai pemimpin negara.

Bukan seorang yang ideal

Perkara tersebut dinyatakan beliau menerusi podcast Sembang Ohh Yeahh sempena Hari Malaysia.

Menurut Anwar, penghargaan seharusnya diberikan kepada isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang banyak memainkan peranan menguruskan keluarga serta membesarkan anak-anak ketika beliau sibuk dengan perjuangan politik.

“Saya bukan seorang yang ideal. Tetapi kalau sekadar tanya pengalaman saya, kita cuba sebaik mungkin,” katanya.

Ujarnya lagi, kehidupan sebagai pemimpin menuntut disiplin tinggi, termasuk membaca dan menimba ilmu bagi memastikan dirinya mempunyai persediaan untuk memimpin.

“Kalau kita mahu pimpin, membaca lebih daripada orang lain, ilmu lebih daripada orang lain, kebaikan, akhlak, moral harus juga cuba lebih baik daripada yang lain.
“Baru boleh kita pimpin,” katanya.

Azizah sangat berjasa

Dalam kesibukan dengan jadual harian, Anwar berkata beliau tetap cuba menyediakan ruang untuk keluarga walaupun mengakui perkara itu tidak dapat dilakukan secara ideal.

Malah, Anwar secara ikhlas memberikan kredit kepada Wan Azizah dalam soal membesarkan anak-anak mereka.

“Harus ada sedikit break dengan keluarga. Tetapi tentunya tidak ideal,” 
“Kalau tanya saya, diri anak-anak, kalau secara ikhlas, saya jawab yang berjasa itu Azizah, bukan saya,” katanya.

Kehidupan awal setelah berkahwin

Dalam pada itu, beliau turut mengimbas kehidupan awal perkahwinan mereka ketika aktif dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), manakala Wan Azizah ketika itu sedang mengikuti bidang perubatan dan ophthalmologi di Ireland.

Katanya, kesibukan sebagai aktivis ketika itu menyebabkan beliau hampir setiap hari terlibat dengan pelbagai program di universiti, sekolah dan masyarakat.

“Bila berkahwin dengan saya, sudah biasa dengan jadual-jadual saya,” katanya.

Anwar turut mengakui Wan Azizah melalui pengorbanan besar ketika keluarga mereka berdepan episod politik yang sukar, termasuk ketika beliau dipenjarakan pada 1998.

Ketika itu, anak-anak mereka masih kecil dan Wan Azizah perlu mengharungi cabaran keluarga sendirian.

“Azizah bukan sosok politik, dia profesional, doktor dan anak-anak kecil. Yang paling besar baru tiga tahun, Nurul Izzah yang lain kecil-kecil.
“Jadi tentunya dan tak boleh jumpa, itu sangat mengganggu sedikit ketenteraman,” ujarnya.
Image from: PM Anwar akui bukan bapa yang ideal, isteri sangat berjasa jaga keluarga

Foto: Thread iskandarohhyeahhh

Hubungan melalui beberapa cabaran

Dalam podcast sama, beliau turut berkongsi kisah awal perkenalannya dengan isteri dan mendedahkan hubungan mereka turut melalui beberapa cabaran sebelum akhirnya mendapat restu keluarga.

“Dalam keluarga pun ada ujian tetapi mesti ada kesabaran dan kebijaksanaan.
“Dengan orang tua itu kita mengalah walaupun kita tahu kita tak salah tetapi kita terus mohon ampun, mohon restu sehinggalah dia terima dengan baik,” katanya.

Anwar menyifatkan kesabaran, kebijaksanaan dan keikhlasan sebagai asas penting dalam mempertahankan sesebuah hubungan.

“Dalam percintaan ini kena ada kesabaran. Bila ada kesabaran, kena ada kebijaksanaan tetapi cinta itu harus tulus,” katanya lagi.
Image from: PM Anwar akui bukan bapa yang ideal, isteri sangat berjasa jaga keluarga

Foto: Thread iskandarohhyeahh

Podcast Sembang Oh Yeah yang dihoskan Iskandar Rahman menjadi perhatian sempena Hari Malaysia pada hari ini apabila menayangkan tembual secara eksklusif Perdana Menteri Malaysia ke-10 itu.

Sudah tentu ramai ternanti-nanti episod tersebut memandangkan podcast berkenan menghadirikan sosok yang bukan calang-calang.

Sumber: YouTube Sembang OhhYeahh

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved