
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon rakyat Melaka memberikan kepercayaan kepada gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.
Perdana Menteri berkata, PH menawarkan kerja keras, kepimpinan berintegriti serta pencapaian yang telah terbukti dalam usaha membela rakyat dan memajukan negeri berkenaan.
Menurutnya, ketika berdepan sentimen perkauman sempit, PH memilih untuk menyatukan kekuatan masyarakat Melayu, Cina dan India dengan menampilkan calon yang berwibawa, bersih serta beramanah.
Katanya, calon-calon berkenaan akan membawa suara rakyat dan memikul tanggungjawab untuk berkhidmat kepada masyarakat di Melaka.
“Semoga Allah SWT menerangi sanubari saudara dan saudari dalam membuat pilihan, serta memberikan kekuatan kepada HARAPAN untuk berbakti sebaik-baiknya,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Dalam pada itu, PH yang ditunjangi Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertaruhkan keseluruhan 24 calon pada PRN Melaka kali ini.
Baca juga:Daripada jumlah itu, PKR meletakkan 10 calon, manakala dua lagi parti komponennya, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH), masing-masing menampilkan tujuh calon.






