Wan Azizah yakin Azman mampu jaga Paya Rumput

LocalPolitics
8 Nov 2026 • 6:23 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Wan Azizah yakin Azman mampu jaga Paya Rumput

MELAKA: Pengalaman dan kemampuan yang dimiliki calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Datuk Azman Abidin mampu diterjemahkan kepada khidmat terbaik untuk kawasan itu.

Pengerusi Majlis Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan berkata, beliau sudah lama mengenali dan pernah bekerja bersama Azman serta tahu kemampuannya mengendalikan urusan pengurusan dan pentadbiran.

“Saya dah bekerja dengan Datuk Azman ini dah lama.

“Dia dulu dengan Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim, jadi dia tahu cara-cara untuk mengendalikan pengurusan, insya-Allah.

“Jadi berpengalaman. Kita tawarkan untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) supaya kita dapatkan seorang yang berpengalaman, yang boleh membuat kerja dengan baik di Paya Rumput dan juga Melaka,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri program kempen PH di Paya Rumput di sini hari ini.

Wan Azizah berkata, calon yang dipilih sebagai ADUN perlu memberikan tumpuan kepada penyelesaian masalah tempatan kerana tanggungjawab wakil rakyat negeri berbeza daripada Ahli Parlimen.

Katanya, meskipun pelbagai isu lain dibangkitkan sepanjang kempen, perkara utama yang perlu diberikan perhatian ialah masalah penduduk yang mampu ditangani di peringkat DUN.

“Kalau masalah tempatan itu yang kita nak tumpukan supaya kita dapat memberikan sebaiknya. Sebab ADUN lain pada Parlimen.

“Kita melihat banyak lagi isu-isu lain tetapi yang penting fokus apa yang kita boleh selesaikan,” katanya. – UTUSAN

The post Wan Azizah yakin Azman mampu jaga Paya Rumput appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved