
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon doa agar misi Diplomasi MADANI beliau sepanjang lawatan rasmi dua hari ke Maldives berjalan lancar.
Anwar menerusi hantaran di Facebook berkata, lawatan itu bertujuan memperkukuh lagi hubungan persahabatan Malaysia-Maldives yang telah terbina sejak hampir enam dekad, demi manfaat rakyat kedua-dua negara.
“Alhamdulillah, selamat tiba di Republik Maldives malam tadi untuk mengetuai delegasi Malaysia dalam lawatan rasmi atas undangan Presiden Dr Mohamed Muizzu.
“Doakan misi Diplomasi MADANI ini berjalan lancar, sekali gus memperkukuh hubungan persahabatan Malaysia-Maldives yang telah terbina sejak hampir enam dekad, demi manfaat rakyat kedua-dua negara,” katanya.





