Lawatan PM perkukuh persahabatan Malaysia-Maldives sejak 1968

LocalPolitics
15 Sep 2026 • 3:14 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lawatan PM perkukuh persahabatan Malaysia-Maldives sejak 1968

PETALING JAYA – Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Maldives menandai detik penting dalam sejarah persahabatan Malaysia-Maldives menerusi hubungan diplomatik yang terjalin sejak 1968.

Anwar berkata, ia sekali gus terus memperkukuh hubungan selain membuka ruang kerjasama baharu yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

“Insya-Allah, lawatan ini akan terus memperkukuh ikatan kedua-dua negara serta membuka ruang kerjasama baharu yang memberi manfaat nyata kepada rakyat Malaysia dan Maldives,” ujarnya.

Terdahulu, Anwar menerusi media sosial memaklumkan tiba di Jeti Izzudheen, Malé, pagi tadi bagi memulakan rangka lawatan rasmi.

Ketibaan beliau dan para delegasi itu disambut Presiden Maldives, Dr Mohamed Muizzu.

“Kedua-dua pemimpin kemudian bergerak ke Republic Square bagi upacara pemeriksaan kawalan kehormatan oleh Pasukan Pertahanan Kebangsaan Maldives.

“Upacara berkenaan turut diiringi lagu kebangsaan Malaysia dan Maldives,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Lawatan PM perkukuh persahabatan Malaysia-Maldives sejak 1968 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved