PM arah Peguam Negara menghadap Agong perjelas Perintah Pengampunan Bersyarat Najib

LocalPolitics
7 Nov 2026 • 6:17 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: PM arah Peguam Negara menghadap Agong perjelas Perintah Pengampunan Bersyarat Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar untuk segera menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bagi memperjelas isu kekangan undang-undang serta implikasi Perintah Pengampunan Bersyarat Datuk Seri Najib Razak.

SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar supaya segera menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bagi memperjelas isu pelaksanaan Perintah Pengampunan Bersyarat membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata langkah itu perlu, bagi menjelaskan kekangan undang-undang terhadap baki hukuman penjara dalam kes SRC International, serta implikasinya terhadap satu lagi kes membabitkan Najib, iaitu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Saya telah minta supaya Peguam Negara segera menghadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Agong memohon ampun dan menjelaskan mengapa keputusan itu diterima untuk kes SRC, tetapi ada masalah kerana melibatkan kes kedua iaitu kes 1MDB,” kata beliau selepas melancarkan Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan 2026 di sini hari ini.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri dan timbalannya Lim Hui Ying serta Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor Anfaal Saari di Selangor International Trade Centre (SITC), di sini.

– Ikuti perkembangan selanjutnya

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved