PM hulur bantuan kewangan kepada warga emas di Permatang Pauh

LocalPolitics
4 Mar 2025 • 11:30 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada Mazanah Hashim, seorang warga emas yang masih memelihara cucunya yang kurang upaya di Permatang Pasir, Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Sumbangan berbentuk wang tunai itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farzan Fauzi, bagi meringankan beban keluarga berkenaan.

“Beban hidup yang dipikulnya amat berat dan saya hadir bukan sekadar untuk menyantuni, tetapi juga untuk membantu mengeluarkan beliau daripada kelompok miskin tegar,” kata Ahmad Farhan dalam catatan menerusi Facebooknya.

Namun, Beliau berkata usaha itu tidak terhenti di sini dan melalui kerjasama Zakat Pulau Pinang serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bantuan susulan akan terus disampaikan bagi memastikan beliau keluar daripada kemiskinan tegar dengan segera.

“Saya berharap dengan ikhtiar ini, Puan Mazanah dan keluarganya dapat menjalani kehidupan yang lebih baik tanpa lagi dihimpit kesusahan. Semoga masa depan mereka lebih terjamin dan dipermudah segala urusan,” katanya.