PM hulur bantuan tunai ringan beban warga emas pelihara cucu OKU

4 Mar 2025 • 10:45 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 4 MAC: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada Mazanah Hashim, seorang warga emas yang masih memelihara cucunya yang kurang upaya di Permatang Pasir, Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Sumbangan berbentuk wang tunai itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farzan Fauzi, bagi meringankan beban keluarga berkenaan.

“Beban hidup yang dipikulnya amat berat dan saya hadir bukan sekadar untuk menyantuni, tetapi juga untuk membantu mengeluarkan beliau daripada kelompok miskin tegar,” kata Ahmad Farhan dalam catatan menerusi Facebooknya.

Namun, Beliau berkata usaha itu tidak terhenti di sini dan melalui kerjasama Zakat Pulau Pinang serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bantuan susulan akan terus disampaikan bagi memastikan beliau keluar daripada kemiskinan tegar dengan segera.

“Saya berharap dengan ikhtiar ini, Puan Mazanah dan keluarganya dapat menjalani kehidupan yang lebih baik tanpa lagi dihimpit kesusahan. Semoga masa depan mereka lebih terjamin dan dipermudah segala urusan,” katanya.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved