“PM juga manusia biasa, tak sempurna” – Pernah sebut ‘kuil haram’, Anwar mohon maaf kepada masyarakat India

LocalPolitics
30 Jul 2026 • 10:29 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kepada masyarakat India berhubung penggunaan istilah “kuil haram” ketika merujuk rumah ibadat yang dibina di atas tanah dipertikaikan sebelum ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mengakui penggunaan istilah berkenaan adalah satu kesilapan dan berharap masyarakat India terus memberikan sokongan kepada kerajaan.

Berucap di hadapan lebih 1,000 hadirin pada satu program di Seremban malam tadi, Anwar berkata sepanjang beliau menjawat jawatan Perdana Menteri, tiada kuil lama yang dirobohkan.

“Sejak saya menjadi Perdana Menteri, satu kuil lama pun tidak pernah saya robohkan. Tidak ada.
“Peraturan memang ada. Jadi kalau saya tahu Anwar salah cakap ini kuil haram, ok, saya sudah minta maaf.
“Saya kata tidak, itu adalah perkara teknikal, saya telah melakukan kesilapan. Perdana Menteri tidak sempurna, Perdana Menteri juga manusia. Kadang-kadang dia tidak bermaksud begitu apabila menggunakan istilah yang salah,” katanya ketika sesi ramah mesra bersama masyarakat India.

Image from: “PM juga manusia biasa, tak sempurna” – Pernah sebut ‘kuil haram’, Anwar mohon maaf kepada masyarakat India

Tahun lalu, Anwar menerima kritikan selepas dilaporkan menggunakan istilah “kuil haram” ketika mengulas isu sebuah rumah ibadat Hindu yang dibina di atas tanah dipertikaikan.

Dalam perkembangan sama, Anwar turut mengumumkan beliau akan mengambil alih penyeliaan hal ehwal masyarakat India di negara ini sebagai tanda keseriusan kerajaan dalam menangani isu berkaitan komuniti berkenaan.

Artikel lain: Kerja keras seperti orang muda! PM Anwar tekad angkat martabat Malaysia, jadikan negara contoh

Menurutnya, walaupun Menteri Sumber Manusia, Datuk R Ramanan akan terus membantu melaksanakan pelbagai inisiatif untuk masyarakat India, beliau kini akan memantau secara langsung perkara berkaitan komuniti itu.

Image from: “PM juga manusia biasa, tak sempurna” – Pernah sebut ‘kuil haram’, Anwar mohon maaf kepada masyarakat India

“Pada malam ini saya mahu sebut, untuk menunjukkan bahawa saya serius mengenai isu masyarakat India, saya sudah menugaskan Ramanan untuk membantu, tetapi mulai sekarang bukan sahaja Mitra (Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia), malah isu masyarakat India, saya akan ambil tanggungjawab. Saya akan ambil alih,” katanya.

Image from: “PM juga manusia biasa, tak sempurna” – Pernah sebut ‘kuil haram’, Anwar mohon maaf kepada masyarakat India

Anwar berkata, antara perkara yang akan diberi perhatian termasuk bantuan melalui agensi kerajaan seperti Tekun dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), selain urusan berkaitan permohonan kewarganegaraan.

Dalam ucapannya, Presiden PKR itu turut menggesa pengundi supaya menolak naratif berunsur perkauman yang dibawa

Sumber: Malaysiakini
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved