PM kekal pendirian tidak sokong judi

LocalPolitics
29 Aug 2026 • 2:10 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PM kekal pendirian tidak sokong judi

SEBERANG PERAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian beliau tidak menyokong kegiatan perjudian sejak menerajui Kerajaan Persekutuan.

Malah katanya, jumlah cabutan nombor ramalan juga berjaya dikurangkan daripada 22 kepada hanya lapan kali setahun, berbanding kepimpinan terdahulu yang membenarkan sehingga 22 cabutan judi setahun.

“Orang kata, oh, Anwar ini tauke judi. Saya tidak sokong orang judi. Dahulu judi, sebelum saya jadi Perdana Menteri, masa kerajaan dulu perintah, kena faham ini kerajaan dulu, semua parti dululah. Berapa cabutan setahun? 22 kali.

“(Ketika) saya perintah, saya turunkan daripada 22 jadi lapan kali. Kamu nak maki aku pasal apa? Masa kamu perintah dulu 22 kali. Masa saya perintah, saya turunkan lapan kali,” katanya ketika berucap semasa merasmikan Skim Usahawan Bangkit (Sub) Madani di Yayasan Aman di sini, hari ini.

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Noor didakwa telah mendoakan pecah perut terhadap Anwar dalam ceramah bertajuk Halangan Pengharaman Judi di Kedah yang diadakan di Dewan Seri Mentaloon, Selasa lalu.

Dalam pada itu, Anwar berkata, kerajaan terus memperkukuh pelbagai program keusahawanan sebagai usaha membantu rakyat menjana pendapatan sendiri dan mengurangkan kebergantungan terhadap bantuan tunai.

Beliau berkata, pelbagai inisiatif termasuk program SUB Madani, Amanah Ikhtiar Malaysia, Tekun Nasional, Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah disediakan bagi membantu golongan memerlukan.

Tambahnya, bantuan berbentuk modal dan peluang menjana pendapatan adalah penting supaya rakyat dapat membina kehidupan yang lebih baik secara berdikari. – KOSMO! ONLINE

The post PM kekal pendirian tidak sokong judi appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved