Tiada kedai judi baharu, MOF jelaskan lesen kekal berdasarkan kelulusan lama

LocalPolitics
27 Aug 2026 • 7:11 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kerajaan menegaskan tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen atau permit perjudian baharu, selain tidak menambah bilangan kedai perjudian baharu di negara ini.

Permit kuasa berdasarkan kelulusan  1990

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF), jumlah lesen dan permit yang berkuat kuasa kekal berdasarkan kelulusan lesen sedia ada sejak tahun 1990-an.

Sebagai langkah kawalan, MOF turut menetapkan syarat-syarat ketat kepada pemegang lesen bagi memastikan aktiviti perjudian berlesen dikawal selia.

“Kerajaan Madani terus mengambil pendekatan tegas dan bertanggungjawab dengan mengehadkan aktiviti perjudian berlesen, memastikan kawal selia yang ketat serta memperhebat tindakan terhadap perjudian tanpa lesen dan perjudian dalam talian,”

MOF turut menjelaskan bahawa pihak berkuasa tempatan (PBT) hanya bertanggungjawab mengeluarkan lesen premis selepas pengusaha mendapat kelulusan untuk beroperasi daripada kementerian berkenaan.

Dalam pada itu, MOF menyatakan, sepanjang tempoh pentadbiran Kerajaan Persekutuan pada 2020 hingga 2022 yang turut merangkumi parti Pas, tidak pernah ada sebarang usul atau keputusan untuk mengharamkan aktiviti perjudian berlesen di seluruh negara atau memansuhkan lesen sedia ada.

Image from: Tiada kedai judi baharu, MOF jelaskan lesen kekal berdasarkan kelulusan lama

Difahamkan, berdasarkan rekod, Kerajaan Persekutuan di bawah Pakatan Harapan pada 2020 telah memutuskan untuk menurunkan bilangan cabutan khas daripada 22 kepada lapan kali sahaja setahun.

Kemudian, Kerajaan Persekutuan di bawah Perikatan Nasional dan Barisan Nasional pada 2020 telah memutuskan untuk meningkatkan atau mengembalikan semula kekerapan cabutan khas kepada 22 kali setahun.

“Selepas Kerajaan Madani mengambil alih pentadbiran Persekutuan pada akhir 2022, keputusan terawal waktu itu adalah untuk membatalkan peningkatan tersebut dan menurunkan semula kekerapan cabutan khas daripada 22 kepada lapan kali setahun mulai Januari 2023,” katanya.

Sumber: Facebook Kementerian Kewangan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved