PM larang penjawat awam guna Waze, lindungi data daripada ancaman penyalahgunaan Israel

LocalPolitics
21 Oct 2026 • 5:27 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: PM larang penjawat awam guna Waze, lindungi data daripada ancaman penyalahgunaan Israel

KUALA LUMPUR - Kerajaan memutuskan untuk melarang semua penjawat awam menggunakan menggunakan aplikasi navigasi milik Israel, Waze, sebaliknya disaran beralih kepada aplikasi TuJu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bagi melindungi maklumat Kerajaan dan data peribadi pengguna daripada ancaman penyalahgunaan oleh rejim Israel.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini, keputusan itu mengambil kira kedudukan Waze Mobile Ltd. selaku pengawal data pengguna yang diperbadankan dan beroperasi di bawah undang-undang Israel.

“Maklumat sensitif Kerajaan dan data peribadi rakyat mesti dilindungi daripada diperalat rejim Israel hingga menjejaskan keselamatan serta kedaulatan negara,’’ katanya.

Pada masa sama, PMO memberitahu,Perdana Menteri menyarankan seluruh rakyat Malaysia supaya turut berhenti menggunakan aplikasi Waze dan beralih kepada aplikasi alternatif tempatan seperti TuJu dengan mengambil kira jaminan keselamatan serta perlindungan data peribadi yang ditawarkan.

TuJu adalah aplikasi tempatan yang dibangunkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sebagai alternatif bagi keperluan navigasi jalan raya. - 21 Oktober, 2026

The post PM larang penjawat awam guna Waze, lindungi data daripada ancaman penyalahgunaan Israel appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved