Selenggara kolam takungan air elak banjir kilat berulang

LocalEnvironment
11 Nov 2026 • 11:18 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Selenggara kolam takungan air elak banjir kilat berulang

JOHOR BAHRU: Pihak pemaju digesa untuk menyegerakan tindakan penyelenggaraan kolam takungan air berhampiran di Batu 13 3/4, Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi, di sini yang menjadi salah satu punca berlakunya banjir kilat di kawasan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram Datuk Abdul Halim Suleiman berkata, kolam takungan air yang tidak beroperasi dengan baik itu menyebabkan jalan raya berhampiran ditenggelami air hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas luar biasa sepanjang 10 kilometer.

Justeru, katanya, kerja-kerja pembersihan dan pendalaman kolam takungan air perlu dilakukan segera bagi mengelak daripada limpahan ketika hujan lebat berulang.

“Saya telah meminta pihak pemaju dan mereka bersetuju dalam masa satu minggu ini untuk mendalamkan dan membersihkan kolam tadahan ataupun takungan air itu,” katanya selepas mengadakan lawatan dan perbincangan bersama-sama pihak berkaitan termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR), pihak pemaju, konsesi dan polis di sini hari ini.

ADUN Tiram itu berkata, banjir kilat di jalan Persekutuan itu telah berlaku dua kali tahun ini yang menyebabkan kesesakan lalu lintas yang buruk.

Beliau berkata, laluan terbabit turut berdepan masalah aliran air pada sistem pembetung yang menampung aliran dari beberapa kawasan sekitar termasuk dari Bukit Tiram, Bandar Tiram dan Taman Intan.

Menurutnya, sebagai perancangan jangka panjang, kerajaan negeri perlu mengambil tindakan menggantikan pembetung sedia ada melibatkan anggaran kos kira-kira RM3 juta. – UTUSAN

The post Selenggara kolam takungan air elak banjir kilat berulang appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved