
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan Menara Finas yang terletak di Damansara Damai hari ini.
Menara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dibangunkan di tapak seluas 5.14 ekar dengan projek bermula pada 20 Januari 2021,
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, bangunan ini menghimpunkan kemudahan seperti Dewan Panca Delima dan dua studio sound stage.
Selain itu katanya, menara tersebut turut menempatkan Pawagam Digital P. Ramlee, ruang latihan, Mediatheque, Museum of Moving Image dan Film Vault yang menyimpan 81,770 bahan arkib audiovisual.
“Menara Finas ini menerima Perakuan Siap dan Pematuhan pada 18 Disember 2025 serta Perakuan Siap Kerja pada 22 Mei 2026.
” Selepas perpindahan secara berperingkat, Finas mula beroperasi sepenuhnya di menara ini pada 6 Ogos 2026,”katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Menara Finas Damansara di sini hari ini. – UTUSAN
The post PM rasmi Menara Finas appeared first on Utusan Malaysia.





