PM sampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan esok

LocalPolitics
29 Aug 2026 • 12:21 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PM sampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan esok

PETALING JAYA – Perdana Menteri akan menyampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) petang esok.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mengumumkan beberapa ikhtiar penting dalam amanat ini yang menyentuh kebimbangan serta kehidupan rakyat.

Beliau berkata amanat itu boleh ditonton secara langsung menerusi semua saluran media tempatan.

“Hampir tujuh dekad berlalu sejak negara mencapai kemerdekaan. Kita mengenang perjuangan dan pengorbanan generasi terdahulu yang merintisnya dengan keringat, darah dan air mata, sebelum kita bermuhasabah tentang tanggungjawab generasi hari ini dalam mengisi serta memaknakan kemerdekaan.

“Ayuh kita semarakkan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini dengan membugar semangat perpaduan dan menolak segala hasutan kebencian antara kaum dan agama demi keamanan negara serta kesejahteraan rakyat,” katanya dalam satu hantaran di laman X di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

The post PM sampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan esok appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved