PM titip serangkap pantun hargai kasih sayang ibu

10 May 2026 • 1:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PM titip serangkap pantun hargai kasih sayang ibu
Anwar turut memuat naik sekeping gambar Allahyarham ibu beliau bersama isteri sebagai tanda penghargaan dan kenangan terhadap dua insan penting dalam kehidupannya. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua wanita bergelar ibu.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar menitipkan serangkap pantun bagi menghargai jasa dan kasih sayang mereka.

"Burung melayang di puncak angkasa,

Hinggap sebentar di pohon jati,

Kasih ibu berkalung jasa,

Menjadi azimat terangi hati.

"Selamat Hari Ibu!” kata beliau.

Perdana Menteri turut memuat naik sekeping gambar Allahyarham ibu beliau, Che Yan Hamid Hussein bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai tanda penghargaan dan kenangan terhadap dua insan penting dalam kehidupannya.

Hari Ibu disambut di seluruh dunia pada Ahad kedua bulan Mei setiap tahun.

"Seteguh Kasih Ibu” diangkat sebagai tema Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2026 pada Ahad. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved