
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan syabas kepada 22 anak muda yang mewakili Malaysia pada Pertandingan Kemahiran Dunia (WorldSkills Competition) Shanghai 2026.
Anwar berkata, kesemua peserta berkenaan menjadi kebanggaan negara apabila membawa Jalur Gemilang pada majlis perasmian pertandingan yang berlangsung di Pusat Kebudayaan Ekspo Dunia Shanghai, malam ini.
“Syabas kepada seramai 22 anak muda kita yang melambangkan bakat terbaik tanah air dalam bidang TVET sambil teguh menjulang Jalur Gemilang dengan rasa kebanggaan dan keyakinan,” katanya menerusi hantaran di media sosial selepas acara pembukaan yang disempurnakan oleh Premier China, Li Qiang.
Menurut Anwar yang juga Menteri Kewangan, beliau yakin kesemua peserta akan berusaha sedaya upaya ketika bersaing dengan peserta dari lebih 60 negara dalam 21 bidang kemahiran.
“Saya doakan agar segala usaha gigih mereka tidak sia-sia, sebaliknya membuahkan hasil yang membanggakan dalam misi memburu pingat emas demi tanah air tercinta,” katanya.
Baca juga:Anwar tiba di Shanghai petang tadi bagi meneruskan lawatan kerja selama tiga hari ke Shanghai dan Hangzhou, China.






