PM ucap tahniah kepada Hospital Bukit Mertajam

LocalEnvironment
18 Aug 2026 • 2:34 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: PM ucap tahniah kepada Hospital Bukit Mertajam

PETALING JAYA: Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang menerima pengiktirafan dunia sebagai Green Hospital.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengiktirafan itu sekali gus menjadikan Hospital Bukit Mertajam sebagai satu-satunya hospital di Malaysia yang tersenarai dalam 250 hospital terbaik dunia bagi inisiatif kelestarian.

“Inilah kejayaan yang membanggakan negara, apabila kecemerlangan perkhidmatan kesihatan berjalan seiring dengan tanggungjawab memelihara alam sekitar dan menjamin kesejahteraan rakyat.

“Syabas dan tahniah!,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini. – UTUSAN

The post PM ucap tahniah kepada Hospital Bukit Mertajam appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved