PM Ucap Takziah Atas Pemergian Karam Singh Walia

LocalPolitics
6 Apr 2026 • 3:11 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Datuk Karam Singh Walia atas pemergian wartawan penyiaran terkenal itu pada awal pagi tadi.

Anwar menerusi hantaran di Facebook turut menyifatkan mendiang sebagai wartawan penyiaran yang amat dihormati.

"Sumbangan dan dedikasi mendiang dalam dunia kewartawanan, khususnya dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu alam sekitar akan terus dikenang dan menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.

"Moga mendiang disemadikan dengan aman, dan keluarga diberi ketabahan serta kekuatan dalam menghadapi saat yang sukar ini," katanya.

Karam Singh, 67, meninggal dunia pada 3.30 pagi tadi di kediamannya di Klang, Selangor.

Perkara itu dimaklumkan oleh adiknya, Jasbant Singh yang juga Pengarang Urusan Kumpulan (GME), Berita dan Hal Ehwal Semasa, Media Prima Berhad. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved