PM Ucap Takziah Pemergian L Krishnan, ‘Kehilangan Besar Buat Negara’

LocalMovie
25 Sep 2026 • 9:17 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

PM Ucap Takziah Pemergian L Krishnan, ‘Kehilangan Besar Buat Negara’

KUALA LUMPUR - Pemergian tokoh perfileman negara, Tan Sri L. Krishnan, pada usia 104 tahun disifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Amwar Ibrahim sebagai kehilangan buat negara. 

Anwar berkata, mendiang merupakan bekas pelajar Sekolah Tinggi Bukit Mertajam dan antara tokoh terawal yang mencorakkan perkembangan filem Melayu. 

Menurut beliau, mendiang sebagai pengarah menghasilkan karya-karya penting pada era 1950-an dan 1960-an bersama Shaw Brothers, Malay Film Productions, Cathay-Keris dan Merdeka Studios.

“Antara karya arahan mendiang termasuk Bakti, Keris Sempena Riau dan Selendang Merah. 

“Mendiang turut dikenang kerana membimbing dan menggilap bakat ramai bintang ternama, antaranya Seniman Agung P. Ramlee, Maria Menado, Mustapha Maarof, M. Amin dan Rosnani Jamil,” katanya menerusi perkongsian di Facebook. 

Jelas Anwar, pembabitan mendiang selama lebih enam dekad dalam dunia filem, iklan dan muzik telah meninggalkan legasi besar dalam industri seni dan budaya negara. 

“Pastinya jasa dan sumbangan mendiang dalam memperkaya khazanah seni tanah air akan terus dikenang.

“Takziah kepada seluruh keluarga. Semoga mereka diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan ini,” katanya. - Getaran, 25 September 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved