[VIDEO] Ramai Sebak Tengok Keadaan Terkini Pak Lah

Politics
14 Sep 2022 • 11:55 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Beberapa hari lalu, Khairy Jamaluddin telah mendedahkan bahawa bapa mertuanya yang juga bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih dikenali sebagai Pak Lah kini menghidapi demensia.

Menurut FMT, Khairy mengatakan Pak Lah kini mempunyai masalah untuk mengingati nama isterinya sendiri Jeanne Abdullah dan ahli keluarganya yang lain.

Ramai yang tanya mana Pak Lah. Pak Lah ada demensia. Keadaannya semakin merosot dan kini terpaksa duduk atas kerusi roda, umpama mempunyai kehadiran fizikal dan fikirannya tiada.”

Malah baru-baru ini, pengacara Fedtri Yahya menerusi Facebook telah kongsikan keadaan Pak Lah sekarang ketika mengikuti terapi.

Semoga kesembuhan dan damai kembali ke jasad dan sanubari Pak Lah. Aku cari mana dia Al-Ghazali,Aku cari mana dia Al-Shafie,Kita bongkar rahsia kitab suci,Cari pedomanKita bongkar rahsia sunnah nabiCari panduanAku hidup kerana Dia RabbiDialah temanDialah waliDia mencukupiAku hidup berertiMenikmati damai abadi- Ku Cari Damai Abadi ialah sebuah sajak yang ditulis oleh Perdana Menteri Malaysia kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Posted by Fedtri Yahya on Monday, September 12, 2022

Jelas Fedtri, di dalam video ini Pak Lah sedang mengikuti terapi untuk mengurangkan gejala nyanyuk bagi menguruskan komplikasi yang berlaku.

Kalau korang tengok dalam video dekat atas ni, walaupun Pak Lah seperti mempunyai kesukaran untuk berjalan, namun dia dilihat masih boleh tersenyum dan nampak ceria.

“Semoga diberikan kesembuhan”

Rata-rata netizen yang melihat video ini turut sebak melihat keadaan Pak Lah dan mendoakan agar bekas perdana menteri ini diberikan kesembuhan.

image is not available

Menerusi posting ini, Fedtri turut kongsikan beberapa rawatan yang boleh dibuat untuk orang yang mengalami demesia, antaranya:

  • Mengubah persekitaran
  • Menyediakan tempat tinggal yang kemas, bersih dan tenang untuk membantu pesakit fokus
  • Mengubah teknik aktiviti harian
  • Terapi pekerjaan

Min pun doakan agar Pak Lah dikurniakan kesihatan yang baik…

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.