PMX Akan Umum Keputusan Pegawai Perubatan Kontrak Dalam Belanjawan 2027 Esok

LocalPolitics
8 Oct 2026 • 12:59 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Rumusan Artikel

  • Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan keputusan mengenai pegawai perubatan kontrak dalam Belanjawan 2027 esok.

  • KKM mahu menangani isu lantikan pegawai perubatan secara kontrak.

  • KKM menyasarkan isu tersebut dapat ditamatkan menjelang 2028.

  • Pegawai perubatan siswazah berpotensi ditawarkan jawatan tetap selepas tamat latihan siswazah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat pengumuman berhubung pegawai perubatan lantikan kontrak menerusi pembentangan Belanjawan 2027 esok.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, usaha menamatkan sistem lantikan kontrak bagi pegawai perubatan sememangnya menjadi antara hasrat beliau sejak kembali menerajui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Advertisement
View this post on Instagram

“Ini sudah pun dipertimbangkan, mungkin kita perlu sedikit sabar menanti pengumuman yang bakal dibuat.

“Kita mengangkat pelbagai permohonan dan ada harapannya pada pembentangan belanjawan nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.

KKM mahu tamatkan lantikan kontrak

Dr Dzulkefly berkata KKM turut memberi keutamaan kepada penuntut universiti di Sabah dan Sarawak, namun sebarang syarat permohonan jawatan pegawai perubatan adalah tertakluk kepada Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

“Kita semua mahu memastikan jurang dan kelompangan ini akan dapat kita atasi dalam waktu terdekat,” katanya.

Sebelum ini, Dr Dzulkefly memaklumkan KKM menyasarkan untuk menamatkan isu lantikan pegawai perubatan secara kontrak menjelang 2028.

Antara pendekatan yang dirancang ialah menawarkan jawatan tetap kepada semua pegawai perubatan siswazah selepas mereka menamatkan latihan siswazah.

Sasaran berkenaan merupakan hasil pendekatan seluruh kerajaan menerusi pasukan petugas bersama antara kementerian yang ditubuhkan bagi menangani isu sumber manusia dalam sektor kesihatan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: PMX Akan Umum Keputusan Pegawai Perubatan Kontrak Dalam Belanjawan 2027 Esok2026-10-08 12:00:33

Dua Remaja 16 Tahun Tiba Di Mahkamah Kuala Pilah, Didakwa Seksyen 302 Kes Kematian Pelajar Sekolah Sukan

The post PMX Akan Umum Keputusan Pegawai Perubatan Kontrak Dalam Belanjawan 2027 Esok first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved